Thursday, 20 September 2012

Kursus VLE-Frog







Kursus pendek pengenalan kepada FrogAsia telah dijalankan oleh Unit ICT & 1BestariNet sekolah... Walaupun kursus kepada guru-guru selama 2 hari sahaja, namun guru-guru telah berjaya menyediakan Dashboard persendirian dengan baik.. Guru-guru juga berjaya membina site P&P untuk kegunaan di bilik darjah... Tahniah & Syabas kepada semua guru dan kakitangan sekolah...

Kursus pendek FrogAsia kepada pelajar untuk kumpulan pertama (perintis) sekolah berjaya dilaksanakan. Pelajar-pelajar seronok dan bersemangat

Thursday, 6 September 2012

Persiapan Menjelang UPSR 2012

Persiapan menjelang Peperiksaan UPSR 2012 sedang rancak berlangsung di sekolah. Terbaru, malam tadi Khamis 6.9.2012 telah diadakan bacaan yasin dan solat hajat di dewan pepriksaan UPSR itu sendiri. Dengan kehadiran semua ibu bapa, guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah yang ramai malam tadi, adalah diharapkan usaha ini akan membuahkan hasil kepada calon-calon UPSR.

Semoga beroleh kejayaan!!!!

Tuesday, 4 September 2012

Pertandingan Bilik j-Qaf


Pemantauan Pertandingan Bilik j-Qaf Peringkat Negeri Selangor telah berjalan pada 3.9.2012. Pemantauan adalah daripada pegawai Jab. Pelajaran Selangor. Semoga penyertaan kali pertama pihak sekolah dalam pertandingan ini akan membuahkan hasil...

Pertandingan Surau Peringkat N.Selangor 2012

Pemantauan untuk pertandingan surau (dalam bangunan) telah diadakan pada Hari Isnin, 3 Sept 2012. Hakim pertandingan terdiri daripada pegawai-pegawai PPD daripada PPD daerah lain di Negeri Selangor dan pegawai Jab. Pelajaran Negeri sendiri. Semua warga sekolah sangat berharap surau Al-Karamah akan sekali lagi berjaya merangkul juara dalam pertandingan ini....

Sunday, 2 September 2012

PROGRAM MENJELANG UPSR 2012

Kelas intensif selama dua minggu bermula 27 Ogos hingga 10 September 2012 dari pukul 2.30 ptg. sehingga  pukul 5.30 ptg. Ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Gerak Gempur Tahun 6 dengan sokongan pihak pentadbiran sekolah untuk memastikan kecemerlangan akademik di sekolah dapat diteruskan. Kelas berjalan dengan sangat baik dan komitmen yang diberikan oleh guru, ibu bapa dan Calon UPSR amat membanggakan.